fbpx

Penduduk, peniaga Kedah beli gula di Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ORANG ramai mendapatkan bekalan gula di sebuah pasar raya borong di Arau semalam.

KANGAR – Kesukaran mendapatkan gula putih di beberapa kawasan di Kedah menyebabkan peniaga dan orang ramai sanggup merentas negeri mendapatkan bekalan itu di Perlis.

Menurut seorang peniaga, Rosli Bidin, 45, bekalan barang kawalan itu sukar diperoleh di sekitar Jitra dan jumlahnya tidak mencukupi kerana bekalan mulai berkurangan sejak seminggu lalu.

“Sebagai penjaja, saya menggunakan gula yang banyak untuk membancuh air dan apabila bekalan ini berkurangan, ia menyebabkan saya menghadkan jenis air balang yang dijual.

“Apa yang saya dengar, bekalan gula mengalami masalah di sekitar Jitra, Changlun apabila kedai-kedai runcit di kampung-kampung mendapat bekalan gula yang terhad,” katanya ketika ditemui di sebuah pasar raya di sini semalam.

PEKERJA Pasar Raya Borong NFS AMG Trading di Arau, Perlis menyusun bekalan gula yang diterima daripada pengeluar bagi menampung keperluan penduduk di negeri ini pada 21 Mei lalu.- Foto oleh ASYRAF MUHAMMAD / KOSMO!

Menurut Rosli, keadaan itu menyebabkan dia mencari bekalan gula di Perlis kerana mendapat tahu bekalan masih banyak di negeri itu menerusi rakan-rakan.

Sementara itu, seorang penduduk dari Changlun, Kedah, Nurul Rahmah Ahmad, 52, berkata, dia turut mengambil bekalan gula putih bertapis di Perlis untuk mengatakan majlis keramaian.

“Agak sukar mendapatkan bekalan dalam jumlah yang banyak di Kedah kerana ada kedai yang menghadkan pembelian hanya kepada dua pek kepada seorang pelanggan.

“Selepas melihat laman sosial Facebook mengatakan tiada had pembelian di Perlis, saya terus datang untuk mendapatkan bekalan dan berjaya memperolehi satu ‘bundle’ mengandungi 12 pek satu kilogram,” jelasnya.

Tinjauan Kosmo! di beberapa buah kedai runcit dan mendapati bekalan gula mulai memasuki premis jualan bermula semalam selepas empat pemborong negeri ini mendapatkan bekalan terus daripada pengeluar di Shah Alam, Selangor.

Pembelian panik turut berlaku pada Sabtu lalu selepas terdengar khabar angin mengatakan bahawa bekalan gula terputus dan harga lebih tinggi akan dikenakan.

Bagaimanapun, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Perlis, Norazah Jaapar memaklum negeri itu telah menambah bekalan daripada purata 300,000kg sebulan kepada kira-kira 380,000kg untuk bulan Mei ini.

Ini berikutan jumlah penggunaan yang tinggi pada musim perayaan dan kekurangan pengeluaran disebabkan penutupan sementara kilang di Kuala Nerang, Kedah yang sedang melakukan penukaran alat ganti (boiler). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI