fbpx

Hamil anak ke-3? Ummi Nazeera mengaku makan pil perancang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BUAT masa ini, Ummi Nazeera mengakui belum bersedia untuk menambah cahaya mata.

BENTONG – Dilihat sedikit berisi, pelakon Ummi Nazeera menafikan telahan segelintir pihak bahawa dirinya sekarang sedang hamil anak ketiga.

Umi atau nama sebenarnya, Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin berkata, dia belum bersedia untuk berbadan dua sekali lagi kerana merasakan komitmen dan tanggungjawab sebagai wanita hamil itu sangat besar.

“Saya tak mengandung. Saya belum bersedia (untuk anak ketiga).

“Pengalaman mengandungkan anak pertama agak teruk. Tapi, semuanya berbaloi, alhamdulillah.

“Nak membesarkan anak itu, bagi saya tak mudah. Sebab itu untuk anak ketiga, saya belum lagi bersedia.

“Kalau boleh, saya nak bagi kasih sayang secukupnya buat kedua-dua anak sekarang. Saya pun semakin sibuk dengan kerja, jadi nak beri masa dan cinta buat anak-anak dan semestinya, suami,” katanya ketika ditemui pada majlis pertunangan penerbit A. Aida di Janda Baik, di sini, kelmarin.

Bagaimanapun, Ummi memaklumkan, suaminya iaitu Mohd. Izzar Anwari Abdul Khani bersedia untuk menimang cahaya mata ketiga.

“Izzar nak (anak) tapi dia cakap hanya bila saya dah bersedia.

“Kami buat ‘family planning’. Saya mengaku ambil pil pencegahan kehamilan. Anak pertama saya tak ambil, anak kedua saya ambil terus. Berkesan untuk lima tahun tapi ada kemungkinan untuk hamil juga sebenarnya tapi peratusan sangat rendah,” katanya.

Ummi, 33, ditanya tentang kesahihan sama ada dirinya kini hamil disebabkan perubahan fizikal yang kian berisi sejak akhir-akhir ini.

Ummi berkahwin dengan seorang doktor perubatan, Dr. Mohd Izzar Anwari pada 2017 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Ayra Aneesah, 5, dan Aysha Arsylia, 2. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI