fbpx

Dewan Rakyat: Usaha bawa pulang Jho Low sedang dipercepat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azalina

KUALA LUMPUR – Malaysia sedang menjalankan pelbagai usaha dan rundingan menerusi saluran diplomatik bagi mempercepat proses membawa pulang ahli perniagaan dikehendaki, Low Taek Jho atau dikenali Jho Low.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman melalui jawpan bertulis di Dewan Rakyat hari ini berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah membuat Notis Merah Interpol terhadap Jho Low sejak 2018.

“SPRM sentiasa bekerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasa luar negara bagi mendapatkan segala maklumat berkaitan dengan Jho Low.

“Jho Low telah dituduh secara ‘in absentia’ dengan satu pertuduhan di bawah subseksyen 28(1)(c) dan dibaca bersama Seksyen 23 Akta SPRM 2009 pada 9 Februari 2020 dan tiga pertuduhan di bawah Seksyen 4(1) AMLATFPUAA 2001 pada 29 Jun 2019,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Pang Hok Liong (PH-Labis) yang ingin tahu sama ada kerajaan telah atau akan meminta kerajaan China bagi membawa pulang Jho Low ke negara ini dan bilakah beliau akan dibawa pulang dan syarat-syaratnya.

Terdahulu, pada 4 Mei lalu, Perdana Menteri mengesahkan kerajaan sedang berunding dengan beberapa negara bagi mengekstradisi Jho Low serta terdapat perundingan secara diplomatik berhubung perkara itu dijalankan dengan beberapa negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI