fbpx

Dewan Rakyat: Operasi Pusat Respons Scam Kebangsaan 24 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan waktu operasi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) bagi membantu mangsa penipuan untuk mendapat bantuan secara tepat dan segera.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihak Bank Negara (BNM) memaklumkan kepada semua bank supaya operasi pemantauan berjalan 24 jam dan pengadu boleh menghentikan aktiviti ‘scam’ secara automatik.

“Bank Negara memberikan maklum kepada semua bank supaya operasi pemantauan ini 24 jam dan ke arah automation supaya pengadu boleh mengambil tindakan menghentikan pengeluaran dana daripada bank secara serta-merta,” katanya di Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Tan Hong Pin (PH-Bakri) yang ingin mengetahui adakah Kerajaan mempunyai rancangan untuk memanjangkan masa operasi NSRC kepada 24 jam bagi membantu mereka yang menjadi mangsa penipuan mendapat bantuan tepat dan segera dalam masa yang kritikal.

Tambah Ahli Parlimen Tambun itu, sebanyak 3,595 kertas siasatan dibuka bagi kesalahan penipuan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Kerajaan sudah mendapat pulangan daripada rampasan sebanyak RM34.8 juta.

Kata beliau, beberapa pindaan undang-undang akan dibuat termasuk membabitkan Kanun Tatacara Jenayah supaya wang mangsa penipuan dapat dipulangkan lebih awal dan dikekalkan bon sebagai ganti, sementara kes mahkamah berjalan.

“(Wang) yang sudah dirampas sekarang mengambil masa (untuk dipulangkan). Ramai yang merayu sebab kes berlanjutan.

“Justeru, yang diputuskan adalah untuk dipinda Kanun Tatacara Jenayah bagi membolehkan pulangan (wang) itu dilakukan segera, dengan syarat bon disediakan semasa kes berjalan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI