fbpx

Bau busuk rungkai penemuan mayat di parkir hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota forensik membawa keluar mayat seorang lelaki yang dijumpai di ruang parkir bawah tanah sebuah hotel di Kota Bharu hari ini. FOTO ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Bau busuk seperti bangkai di sekitar kawasan sebuah hotel di Jalan Pengkalan Chepa di sini membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki di kawasan parkir di ruang bawah tanah bangunan tersebut hari ini.

Mayat lelaki yang berpakaian lengkap itu dijumpai di kawasan takungan air hujan setinggi lebih 0.3 meter di parkir hotel berkenaan kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Seorang kakitangan hotel terbabit yang enggan dikenali berkata, dia terhidu bau busuk semasa menjalankan pemantauan di bangunan tersebut sebelum melihat kelibat manusia terbaring di kawasan parkir bawah tanah yang dipenuhi takungan air hujan.

Difahamkan, hotel berkenaan tidak beroperasi sejak tiga tahun lalu ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan dijangka akan memulakan semula operasinya tidak lama lagi.

Tinjauan di lokasi kejadian mendapati, sepasukan anggota polis membawa keluar mayat mangsa dari kawasan berkenaan pada pukul 6.20 petang tadi.

Sebelum itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu turut melakukan proses menyedut air di kawasan tempat letak kenderaan itu kira-kira pukul 3 petang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: WP HTTP Error: cURL error 28: Operation timed out after 10001 milliseconds with 0 bytes received