fbpx

NEC tumpu tiga fokus tangani isu pekerjaan tahun ini – Fadillah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadilah

PUTRAJAYA – Majlis Pekerjaan Negara (NEC) akan memberi fokus kepada tiga usaha utama tahun ini termasuk mencipta peluang pekerjaan, menyedia program penempatan latihan dan peningkatan kemahiran serta menangani isu struktural pasaran buruh.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, tiga fokus itu penting bagi mengatasi isu pengangguran dalam kalangan belia, ketidak sepadanan penawaran dan kadar upah bersesuaian.

Beliau berkata, biarpun kadar pengangguran telah menurun kepada 3.5 peratus tahun ini berbanding 4.0 tahun lalu namun, isu berkenaan belum ditangani sepenuhnya.

“NEC telah mengenalpasti 49 inisiatif berkaitan pekerjaan di bawah Belanjawan 2023 untuk dilaksanakan oleh 63 Agensi Pelaksana dan dipantau secara aktif oleh Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agesni Nasional (LAKSANA) yang bertindak sebagai Sekretariat NEC.

“Di samping itu, 12 daripada 32 fokus inisiatif yang digariskan di bawah Pelan Penciptaan Pekerjaan Nasional akan turut mula dilaksanakan dalam usaha menangani isu struktural Pasaran Buruh,” katanya menerusi kenyataan akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat NEC, hari ini.

Menurutnya, mesyuarat pada hari ini juga bersetuju akan kepentingan mewujudkan pangkalan data yang menyeluruh bagi sektor pekerjaan dalam membantu NEC merangka strategi dan dasar yang lebih strategik berasaskan data.

“Bagi tujuan tersebut, LAKSANA sebagai sekretariat NEC telah diberi mandat untuk menyelaras dan bekerjasama dengan kementerian dan agensi pelaksana berkaitan dengan memanfaatkan pangkalan data sedia ada yang telah dibangunkan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI