fbpx

Kerja berkala gudang penyebab pencemaran bau amonia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan Hazmat melakukan kerja-kerja pengaliran air di kawasan sistem peparitan berhampiran gudang itu

SHAH ALAM – Kerja-kerja penyelenggaraan berkala sebuah gudang menyebabkan pencemaran bau dipercayai amonia di Jalan Sungai Rasau, Seksyen 32, di sini semalam.

Pencemaran tersebut dikesan kira-kira pukul 9.30 malam oleh salah seorang penduduk perumahan di sekitar lokasi tersebut.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, berdasarkan laporan diterima memaklumkan bau busuk yang kuat itu adalah dari longkang sebelum terus menghubungi balai polis untuk bantuan.

Katanya, siasatan di lokasi kejadian bersama Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Bomba Selangor telah mengesan bau disyaki amonia.

“Ini disyaki berpunca dari longkang berhampiran sebuah gudang tempat penyimpanan makanan sejuk beku.

“Pihak pengurusan gudang menyatakan menjalankan kerja penyelenggaraan berkala seperti yang dijadualkan tetapi tidak menyedari terdapat takungan di sistem perparitan yang sepatutnya tidak berlaku sehingga menyebabkan pencemaran bau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, pihak bomba telah membuka pili bomba di kawasan kilang untuk mengalirkan air di dalam sistem perparitan gudang.

Ujarnya, ini bagi mengurangkan bau sehingga bacaan di paras yang selamat.

“Sehingga pagi tadi, tiada penduduk yang dipindahkan dan keadaan terkawal,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI