fbpx

Jenazah Awang Askandar dijangka tiba di kem 2 petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Awang Askandar

PUTRAJAYA – Jenazah pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023), Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, sedang dibawa turun dari kem empat bermula 7 pagi waktu Nepal hari ini.

Ketua Misi ME 2023, Azim Afif Ishak, berkata, proses menurunkan jenazah dikendalikan enam malim gunung secara manual menggunakan pengusung dan dilakukan secara bergilir-gilir sehingga ke kem dua.

Beliau berkata, sebelum di bawa turun, jenazah telah dibalut dan diikat terlebih dahulu pada pengusung bagi tujuan keselamatan.

“Jenazah dijangka tiba di kem dua pada lewat petang atau malam ini sebelum diterbangkan terus ke hospital di Kathmandu dengan helikopter bagi proses bedah siasat.

“Bagaimanapun, urusan ini bergantung kepada keadaan cuaca dan sekiranya tidak mengizinkan jenazah akan diterbangkan esok pagi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam perkembangan lain, Azim berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) Muhammad Hawari Hashim yang masih hilang akan diteruskan sehingga 28 Mei ini.

Katanya, SAR sudah memasuki hari ke empat hari ini membabitkan bantuan Persatuan Operator Ekspedisi termasuk malim gunung yang dilantik.

“Aktiviti pendakian ke puncak akan ditutup bermula 29 Mei ini dan beberapa prosedur perlu dibuat dan dipatuhi sekiranya jasad Muhammad Hawari tidak ditemui,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`. This does not appear to be a valid RSS or Atom feed.