fbpx

Tiada kes strok haba dalam kalangan nelayan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Faiz (tengah) meninjau keadaan jeti nelayan di Kuala Sedaka selepas sesi libat urus bersama nelayan di Kuala Sedaka, Yan hari ini.

YAN – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) tidak mengesan sebarang kes serangan strok haba membabitkan golongan nelayan berikutan cuaca panas yang melanda negara setakat ini.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil berkata bagaimanapun pihaknya tidak menafikan bahawa golongan nelayan antara golongan yang terjejas kerana terpaksa berhadapan dengan risiko masalah kesihatan akibat cuaca panas terik di tengah laut.

Beliau berkata cuaca panas terik ketika ini menyebabkan tempoh nelayan berada di laut terpaksa dipendekkan sekaligus menjejaskan hasil tangkapan laut mereka.

“Kita dapati hasil tangkapan nelayan sedikit berkurang sekaligus menyebabkan pendapatan mereka terjejas.

Namun begitu, situasi ini tidak menjejaskan bekalan ikan dan bekalan yang ada ketika ini masih cukup untuk menampung permintaan rakyat di negara ini,” katanya ketika ditemui selepas sesi libat urus bersama nelayan di Kuala Sedaka, di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI