fbpx

Penerima anugerah Emas MSU mahu berbakti di kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Danielle Valerinna menunjukkan pingat emas diperolehi dalam majlis konvokesyen MSU hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI/KOSMO!

SHAH ALAM – Penat lelah seorang anak kampung di Sarawak mengikuti pembelajaran selama enam tahun berbaloi apabila dinobatkan sebagai Penerima Anugerah Pingat Emas Canselor Management & Science University (MSU), hari ini.

Dr. Danielle Valerinna Anak Charles, 25, meraih keputusan cemerlang dalam pengajian Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Ijazah Sarjana Muda Pembedahan (MBBS).

Danielle Valerinna berkata, dirinya langsung tidak menyangka mendapat anugerah tersebut selepas menempuh pengajian selama enam tahun dengan fokusnya ada membanggakan kedua ibu bapanya, Fostina Peter, 45, dan Charles Edward, 46, yang merupakan pasangan guru.

Katanya, kunci kejayaannya adalah terus berusaha dengan penuh tanggungjawab kerana ia adalah umpama satu amanah yang perlu dilunaskan.

“Kalau boleh selepas ini saya mahu berkhidmat di kampung saya di Julau. Tambahan, saya ingin menjadi doktor setelah melihat sendiri orang kampung meninggal dunia tanpa sempat menerima rawatan sewajarnya ekoran jarak yang jauh dari hospital.

“Sebagai anak dari keturunan Iban dan Bidayuh saya merasakan inilah masa yang terbaik untuk saya berbakti kepada masyarakat saya.

“Mungkin berkhidmat semasa ‘houseman’ selama dua tahun di sana sebelum Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menghantar saya untuk bertugas di tempat baharu,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Terdahulu, Danielle Valerinna menerima anugerah tersebut daripada Canselor MSU, Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin.

Danielle Valerinna yang merupakan anak sulung daripada dua beradik memaklumkan MSU bukan sekadar mendidik mereka dengan ilmu akademik tetapi melengkapkan diri dengan ilmu kemahiran sampingan dalam dunia kerjaya.

“Kita sebagai pelajar perubatan bukan sahaja belajar membedah mayat dan mengubati pesakit di MSU. Malahan kita diajar untuk menjadi seorang insan yang mempunyai pelbagai ilmu sebagai pengurus yang berkaliber dan doktor yang bertauliah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI