fbpx

Empat lelaki diburu kes tembak mati berhampiran balai polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LANGAT – Empat lelaki bertopi keledar diburu bagi membantu siasatan seorang lelaki yang ditembak mati berhampiran Balai Polis Sungai Jarom, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, pemburuan mereka berdasarkan maklumat daripada saksi kejadian terhadap keempat-empat individu yang memakai topi keledar dengan pelindung mata atau visor gelap berada di tempat kejadian itu.

“Kita sedang giat mengesan mereka dengan motif kejadian masih dalam siasatan.

“Orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan pihak polis,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan seorang lelaki yang mempunyai 13 rekod lampau, mati ditembak berhampiran balai polis Sungai Jarom di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam, mangsa berusia 39 tahun maut di lokasi kejadian dengan empat kesan tembakan di kepala.

Hasil pemeriksaan unit forensik polis kontinjen Selangor menemui lima kelongsong peluru di sekitar tempat kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI