fbpx

[VIDEO] Lalat ‘berkampung’ atas daging sup, peniaga buat tak tahu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar daging yang dihurungi banyak lalat di sebuah kedai makan di Kelantan

PETALING JAYA – Tular sebuah video memaparkan sekumpulan lalat menghurung daging rebus di sebuah kedai makan.

Menurut pemilik akaun TikTok @izzmida_, kedai tersebut terletak berdekatan dengan jambatan Pasir Mas, Kelantan.

Katanya, beberapa makanan lain turut dihurung lalat, namun lebih menghairankan, tiada seorang pekerja kedai makan tersebut bertindak menghalau serangga perosak itu atau menukar makanan yang tercemar berkenaan.

“Tolong la jaga kebersihan sikit. Ya Allah sumpah geli nak mati. Macam mana la meniaga makanan semua tak tutup.

“Selamba sahaja staf (pekerja) dia buat tak tahu, naya orang siapa yang pesan makan sup ini,” tulisnya pada ruangan kapsyen video yang dimuat naik semalam.

Tambahnya lagi, dia tidak mahu menularkan nama kedai tersebut tetapi menjadikan video yang dikongsikan ini sebagai pengajaran serta teguran kepada peniaga lain.

“Saya tak mention (sebut) nama kedai mana tapi cuma nak bagitahu kedai dia tepi jalan berdekatan dengan jambatan Pasir Mas,” tulisnya.

Perkongsian individu berkenaan turut mendapat perhatian orang ramai dan rata-ratanya mengecam tindakan peniaga pengotor seperti itu.

“Banyak macam itu memang dah terbiar la, nampak sangat peniaga langsung tak tengok keadaan makanan yang dijual. Patutnya kena tutup bekas makanan. Kalau memang dah tak jual sekali pun, buang terus jangan biar,” tegur Zaidi.

“Ini kalau ada pelanggan nak pesan sup, baru dihalau lalatnya. Lepastu siapkan makanan macam biasa. Pelanggan sakit perut, keracunan bukan kau nak tanggung,” kata Bunga.

“Sebagi pembeli bijak, sebelum makan atau beli di kedai luar, perhatilah sekeliling kedai, perhati makanan yang dihidang. Utamakan kebersihan, jangan sebab kedai viral semua nak makan, kalau jenis lalat pun singgaj, jangan la beli makanan di situ. Mungkin sudah tercemar,” pesan Lutfi. – KOSMO! ONLINE.

@izzmidaa__ tolong la jaga kebersihan sikit. ya Allah sumpah geli nak mati ,mcm mana la meniaga makanan apa smua tak ttup mcm ni.selamba je staff dia buat tak tahu nayaa orang sape yang order makan sup ni #fypシ #trending #viralvideo ♬ original sound – Izzmidaa_

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI