fbpx

Lapan pencuri tegar kabel TM dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar aksi suspek yang berjaya dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian

KLANG – Kegiatan lapan pencuri tegar kabel Telekom Malaysia (TM) sejak lima tahun lalu berakhir apabila dicekup dalam dua serbuan berasingan sekitar daerah ini, baru-baru ini.

Kesemua suspek lelaki termasuk warga emas berusia 27 hingga 60 tahun itu ditahan di Pandamaran serta Taman Sentosa.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kejadian pertama berlaku pada 14 Mei lalu dengan menahan dua suspek ketika rondaan dilakukan polis.

Katanya, salah seorang daripada suspek berkenaan didapati juga secara tiba-tiba keluar daripada lubang pembetungan utama TM.

“Hasil pemeriksaan menemui sembilan gulungan kabel TM berserta peralatan gergaju besi, kuku kambing, playar dan lampu suluh.

“Kita percaya peralatan itu digunakan bagi memotong kabel dicuri itu yang dianggarkan RM5,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kegiatan pencuri tegar kabel yang berjaya dirakam CCTV.

Beliau memberitahu, enam lagi suspek ditahan dua hari kemudian susulan laporan diterima berhubung kecurian 20 meter kabel berjumlah RM500 yang menyebabkan gangguan talian perkhidmatan.

Turut dirampas bersama kumpulan kedua ini adalah lori jenis Daihatsu dan motosikal Benelli.

“Hasil siasatan mendapati mereka menjual tembaga yang diperolehi selepas membakar kabel kepada kedai besi buruk.

“Semakan terhadap lapan suspek itu mendapati empat daripadanya mempunyai rekod sehingga mencecah 24 kesalahan lampau selain dikehendaki bagi kes pecah rumah di daerah Subang Jaya,” katanya.

Hoong Fong turut menjelaskan dua daripada suspek telah didakwa di mahkamah manakala lapan lagi masih direman dengan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI