fbpx

Keputusan rayuan Rosmah cabar pelantikan Sri Ram 22 Jun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSMAH

PUTRAJAYA – Rayuan Datin Seri Rosmah Mansor agar dibenar melalui tindakan sivil mencabar pelantikan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan dalam kes rasuah projek solar, akan diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada 22 Jun ini.

diketuai oleh Datuk Hanipah Farikullah yang bersidang bersama Datuk Che Ruzima Ghazali dan Datuk See Mee Chun menetapkan tarikh itu selepas mendengar penghujahan peguam-peguam mewakili Rosmah dan responden-responden.

Hakim Hanipah menangguhkan keputusan sehingga bulan depan kerana panel berkenaan memerlukan masa yang mencukupi untuk meneliti penghujahan kedua-dua pihak, otoriti perundangan yang dikemukakan dan rekod rayuan.

Jika rayuan Rosmah dibenarkan, permohonan semakan kehakiman bagi mencabar pelantikan Sri Ram akan dikembalikan ke Mahkamah Tinggi bagi membolehkan meritnya didengar dan diputuskan.

Isteri bekas Perdana Menteri mengemukakan rayuan selepas gagal mendapat kebenaran Mahkamah Tinggi memulakan semakan kehakiman bagi mencabar pelantikan Sri Ram (kini mendiang) mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes itu.

Terdahulu, peguam Datuk Jagjit Singh yang mewakili Rosmah berhujah, ketiga-tiga surat pelantikan (fiat) Sri Ram masing-masing bertarikh 8 Julai 2020, 11 Mei dan 21 Mei 2021 adalah tidak sah dan tidak munasabah.

Beliau antara lain berhujah, pengisytiharan fiat versi pertama yang ditandatangani Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun pada 8 Julai 2020 tidak sah di sisi undang-undang.

Hujahnya, fiat itu sepatutnya ditandatangani Peguam Negara terdahulu, Tan Sri Tommy Thomas pada atau sebelum 15 November 2018, iaitu tarikh pendakwaan ke atas Rosmah.

Jagjit selanjutnya berhujah, surat pelantikan itu tidak sempurna kerana ia wajar dikemukakan sebelum perbicaraan.

Seorang lagi peguam, Datuk Akberdin Abdul Kader pula berhujah, keseluruhan perbicaraan kes projek solar yang dihadapi oleh Rosmah adalah terbatal kerana surat pelantikan tidak dikemukakan sejak awal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI