fbpx

Nenek perlu mesin besar untuk cucu alami usus pendek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nora Aziah banyak menghabiskan masa untuk menjaga dan mengurus kehidupan Nur Summaya.

PETALING JAYA – Demi kasih kepada seorang cucu, sepasang suami isteri warga emas terpaksa berjuang setiap malam bagi memastikan insan tersayang yang menderita masalah usus pendek itu mendapat rawatan terbaik.

Syafie Abd. Hamid, 62, berkata, cucu perempuannya, Nur Summaya Batrisya, 4, kini bergantung hidup kepada mesin Infusion Pump yang membekalkan Total Parenteral Nutrition (TPN).

Katanya, masalah usus pendek yang dialami Nur Summaya menyebabkan kanak-kanak itu tidak boleh makan makanan biasa, melainkan nutrisi yang di­salurkan daripada mesin.

“Masalah sekarang adalah mesin yang kami gunakan adalah mesin kecil dan ini menyebabkan isteri saya, Nora Aziah Abbas, 63, perlu menghidupkan mesin ber­kenaan setiap tiga jam.

“Kadang kala kesian tengok keadaan isteri, jadi kami perlukan mesin yang lebih besar dan boleh berfungsi sepanjang hari,” kata­nya ketika ditemui di rumahnya di Puchong baru-baru ini.

Tambah Syafie lagi, dia yang tidak mempunyai pekerjaan ha­nya bergantung kepada jualan sabun pencuci baju dengan pendapatan sekitar RM300 sebulan.

Ujarnya, dengan pendapatan berkenaan, amat mustahil untuk dia membeli mesin besar yang berharga RM4,000 seunit.

“Kami juga perlu fikirkan bil air dan elektrik. Bagi saya, untuk membeli mesin besar perlukan duit yang banyak dan harap ada pihak dapat membantu,” ujarnya.

Katanya, apa yang membimbangkan adalah situasi Nur Summaya yang mudah terkena jangkitan kuman dan memerlukan penjagaan serta persekitaran yang baik untuk terus kekal.

“Pada hari raya baru-baru ini, Summaya dikejarkan ke hospital disebabkan jangkitan kuman pada hatinya,” katanya.

Dalam pada itu, orang ramai yang mahu membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Public Bank 4753808332 atas nama Nora Aziah Abbas atau menghubunginya di talian 013-624 0675.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI