fbpx

KKM umum 5 inisiatif, tambah baik perkhidmatan kesihatan di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Zaliha

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan lima inisiatif bagi menambah baik perkhidmatan kesihatan di Terengganu dengan memperuntukkan sejumlah RM72.5 juta bagi projek pembangunan baharu fasiliti kesihatan di negeri itu di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa berkata, Klinik Kesihatan Hiliran di Kuala Terengganu bakal menerima peruntukan RM 17 juta dalam menyiapkan Jabatan Kecemasan dan Pesakit Luar sebagai tambahan daripada peruntukan asal sebanyak RM15 juta.

Beliau berkata, sebanyak tiga klinik yang terkesan akibat banjir pada tahun ini akan menerima peruntukan khas sebanyak RM500,000 melibatkan Klinik Desa Gong Tanah Merah, Klinik Desa Alor Lintah dan Klinik Desa Alor Keladi.

“Hospital Dungun yang diklasifikasi sebagai projek sakit dan merupakan satu projek yang menjadi perhatian KKM akan disiapkan tahun ini dan bakal memberi manfaat besar kepada warga setempat apabila beroperasi kelak.

“Untuk tujuan baik pulih dan naik taraf, sebanyak 53 buah klinik daif menerima peruntukan bernilai RM8.9 juta demi keselesaan rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujarnya, semua inisiatif yang dinyatakan itu bakal meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan negeri susulan lawatannya ke Terengganu semalam.

Tambahnya, ia juga merupakan sebahagian daripada reformasi kesihatan yang menjadi tekad beliau selaras dengan pembangunan Kertas Putih Kesihatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI