fbpx
Amir Hamzah pada sidang akhbar Pelaksanaan Pembaharuan Penyelarasan Subsidi Diesel di Kementerian Kewangan, Putrajaya hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA

Pengguna Semenanjung boleh mula beli diesel RM2.15 seliter Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Pengguna di Semenanjung bakal mendapat akses awal untuk memulakan transaksi pembelian diesel bersubsidi menerusi inisiatif Budi Madani pada kadar RM2.15 seliter, bermula Sabtu ini.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, pelaksanaan penuh di seluruh negara pula akan mula berkuat kuasa pada 1 Julai yang menyaksikan warga Malaysia yang mempunyai lesen dan kenderaan diesel layak untuk menikmati harga subsidi pada kadar RM2.10 seliter.

Menurutnya, bagi kenderaan komersial di bawah sistem kawalan diesel bersubsidi (SKDS) 2.0, kadar yang ditetapkan adalah RM2.15 seliter, manakala bukan warganegara serta pengguna industri akan dikenakan harga pam sepenuhnya.

Jelas beliau, bermula hari ini, orang ramai sudah boleh mula untuk membuat semakan kelayakan masing-masing dan permohonan kelayakan tambahan melalui portal rasmi Budi Madani atau melalui kaunter pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri terdekat.

Berita lanjut menyusul. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN