fbpx

Khairy imbau prestasi terbaik Malaysia di Sukan Olimpik, Sukan SEA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin.

PETALING JAYA – Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengimbau kembali prestasi terbaik Malaysia di pentas Sukan Olimpik dan Sukan SEA ketika beliau menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan di Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Menerusi hantaran di InstagramStory miliknya hari ini, Khairy memaklumkan demikian sempena mengingati hari pertamanya melaporkan diri di kementerian tersebut iaitu 10 tahun yang lalu.

Menurutnya, ia merupakan antara momen yang indah dan terbaik ketika beliau berkhidmat sepanjang lima tahun bermula Mei 2013 sehingga Mei 2018.

Tangkap layar InstagramStory yang dimuat Khairy Jamaluddin, hari ini.

“Tepat 10 tahun yang lalu, hari ini (17 Mei) saya melaporkan diri bertugas untuk hari pertama di KBS.

“Saya cukup bertuah kerana menyaksikan persembahan terbaik Malaysia di Sukan Olimpik dan Paralimpik, Sukan SEA termasuk enam juara dunia dalam satu tahun kalendar,” katanya.

Pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Malaysia berjaya dinobatkan sebagai juara keseluruhan dengan pencapaian gemilang apabila mengumpul 323 pingat termasuk 145 emas.

Sebelum itu, Sukan Olimpik di Rio 2016 pula menjadi sejarah pertama buat Malaysia apabila berjaya mengumpul lebih dari dua pingat iaitu tiga perak dan satu gangsa.

Bagaimanapun, pada edisi 2023 di Kemboja, Malaysia mencatatkan pencapaian terburuk dalam sejarah Sukan SEA apabila menduduki tempat ketujuh dengan 34 emas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI