fbpx

‘Kantoi’ di rumah wanita lain, lelaki parah terjatuh tingkat tiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GOMBAK – Gara-gara didatangi teman wanita sewaktu berada di rumah kenalan wanita, seorang lelaki terjatuh ketika cuba melarikan diri dari tingkat tiga di lorong belakang deretan rumah kedai, Jalan SBC 3, Batu Caves, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima aduan daripada orang awam menjumpai seorang lelaki dalam keadaan tertiarap sekitar pukul 6.30 petang.

Katanya, hasil siasatan mendapati mangsa merupakan seorang lelaki warga asing berusia 30an yang dalam perjalanan berjumpa kenalan wanitanya di tingkat tiga banggunan rumah kedai tersebut.

“Semasa mangsa berada di dalam rumah tersebut, teman wanita mangsa turut ke rumah tersebut untuk mencari mangsa. Mangsa yang cuba melarikan diri melalui tingkap belakang rumah telah terjatuh dan kini berada dalam keadaan kritikal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Zainal, mangsa kini ditempatkan di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Selayang untuk menerima rawatan dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Tambah beliau, orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Ahmad Irwan Mohamad di talian 019-5712477 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI