fbpx

Bermodalkan RM2.54, ibu sediakan 40 kotak minyak angin sempena Hari Guru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara gambar yang dimuat naik oleh Nadia Faeza di akaun Facebooknya.

PETALING JAYA – Kemeriahan sambutan Hari Guru yang disambut hari ini di seluruh negara jelas dirasai apabila ramai ibu bapa menyediakan hadiah-hadiah menarik untuk guru anak-anak mereka.

Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Nadia Faeza juga tidak terlepas berkongsikan hadiah yang dianggap unik dan lain dari yang lain iaitu minyak angin Cap Kapak.

Perkongsiannya yang tular di media sosial sejak malam tadi, mendapat perhatian ramai pengguna kerana setiap kotak minyak angin itu siap dibalut dengan reben berwarna pink.

Ujarnya, dengan bermodalkan sebanyak RM2.54 untuk sekotak, dia dapat menyediakan 40 kotak minyak angin untuk guru-guru tiga orang anaknya.

“Tahun ini pening tidak tahu nak bagi apa. Jadi terhasil lah hadiah yang tidak seberapa. Harap semua cikgu gembira terima. Jimat dan anak-anak nak bawa pun senang, kecil sahaja dalam beg.

“Tujuan saya satu supaya nak mengajar anak-anak menghargai orang yang berjasa dengan kita tidak kiralah siapa mereka,” tulisnya dalam hantaran di Facebook.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen, ramai yang menganggap hadiah tersebut unik dan memuji sikap wanita itu yang sedaya upaya untuk menggembirakan guru-guru anak-anaknya.

“Bukan setakat cikgu, mak-mak pun akan suka kalau minyak angin ini ada dalam beg,” komen Rosmaria Zakaria.

“Ini lawak, betul-betul pening cikgu nak melayan anak murid ya. Tetapi memang betul, dulu cikgu-cikgu suka minta minyak angin saya,” komen Annur Izzaty pula.

“Masha Allah idea yang sangat bernas. Kalau saya jadi cikgu pun saya suka sangat. Mesti cikgu tidak pening dah,” komen Zuraini Alias pula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI