fbpx

Isaac Voo peserta pertama tersingkir BS5, juri guna Imuniti X

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISAAC VOO

PETALING JAYA – Penyanyi, Isaac Voo menjadi peserta pertama tersingkir daripada program Big Stage musim lima (BS5) pada konsert minggu kedua yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), malam tadi.

Menyampaikan lagu Terhangat Di Pasaran nyanyian KRU mengikut tema Flex Your Beat, peserta asal Kota Kinabalu itu terpaksa akur dengan keputusan Imuniti X daripada juri, Ajai.

Isaac, 28, terpaksa ‘dikorbankan’ juri bagi menyelamatkan seorang lagi peserta dengan kedudukan paling bawah, Naufal Azrin.

Markah persembahan dibahagikan kepada dua iaitu berdasarkan pemarkahan juri, disusuli bahagian kedua menerusi undian peminat secara online membabitkan tiga peserta dengan markah terendah.

Menerusi pengenalan sistem Imuniti X, juri tetap diberikan keistimewaan untuk menyelamatkan peserta yang mempunyai markah tercorot dalam kedudukan tiga terbawah daripada tersingkir.

Menurut Ajai dalam komen usai persembahan, nyanyian Isaac tidak seiring dengan kekuatan populariti yang dikecapi.

“Populariti awak dikenali tetapi nyanyian kena setanding dengan populariti. Malam ini paling tak sedap, tiada stamina.

“Kita nak populariti bukan sekadar muka. Bakat datang dulu bukan rupa,” katanya.

Selain Naufal, seorang lagi peserta  dengan markah rendah ialah Aufahanie.

Mereka akan menyertai 10 lagi rakan seperjuangan iaitu Firdaus Rahmat, Puteri Khareeza, Putera Muhammad, Nadeera Zaini, Dem Lepak Boyz (Duo) serta kumpulan COEX.

Selain bintang tempatan, BS5 turut menampilkan tiga bintang dari luar negara iaitu Waode (Indonesia), Farhan Shah (Singapura) dan pasangan duo asal Korea Selatan, Hoondoo.

Selain Ajai dan Aina Abdul selaku juri tetap, program pertandingan membabitkan BBNU atau disebut ‘budak baru nak up’ pada malam ini turut mengundang penyanyi Indonesia, Andmesh Kamaleng sebagai juri jemputan.

Pempengaruh media sosial yang bergelar pelakon, Ryan Bakery, pula duduk di kerusi Presiden Netizen. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI