fbpx

Mak cik selamba beli-belah selepas motosikal terbabas masuk kedai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Motosikal dipandu wanita itu terbabas ke dalam kedai dan melanggar rak. - Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi seorang wanita terbabas ke dalam sebuah kedai selepas motosikal dipandunya hilang kawalan, lapor laman berita Kompas semalam.

Video kejadian itu dirakam kamera televisyen litar tertutup (CCTV) kedai tersebut. 

Ketika cuba meletakkan kenderaannya, motosikal dipandu wanita itu hilang kawalan lalu terbabas ke dalam kedai.

Kejadian itu mengakibatkan barangan plastik dan kayu yang disusun di sepanjang laluan 10 meter dalam kedai itu terjatuh dan rosak.

Pemilik kedai, Suparmi, 53, berkata, kejadian itu berlaku sekitar pukul 6.30 petang (waktu tempatan) Jumaat lalu apabila wanita itu cuba meletakkan motosikalnya.

“Wanita itu tidak cedera dan terus pergi ke pasar berdekatan. Dia kemudian kembali lagi dan membeli dulang plastik berharga 13,000 rupiah (RM13),” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI