TANGKAP layar video menunjukkan orang ramai ‘berkelah’ di sebuah pusat beli-belah untuk mengecas telefon mereka. - Instagram 

Kasihan orang Batam, terpaksa serbu ‘mall’ mahu cas telefon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Penduduk di Batam, Kepulauan Riau menjadi tular kerana memenuhi sebuah pusat beli-belah untuk mengecas telefon selepas kawasan perumahan mereka terputus bekalan elektrik. 

Kejadian berlaku di Mega Mall Batam Centre, baru-baru ini. 

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @socialfeed_id menunjukkan orang ramai duduk di kawasan yang memiliki soket elektrik. 

Lebih mengejutkan, ada antara mereka sanggup membawa pengecas multi-port atau pengecas berbilang peranti. 

Selain mengecas telefon, mereka juga memilih untuk menyejukkan diri di dalam pusat beli-belah berkenaan kerana terdapat penyaman udara. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 15,200 tontonan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN