fbpx
Tangkap layar rakaman CCTV yang dikongsi di Threads.

[VIDEO] Banyaknya mak cik curi ikan masin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan seorang wanita didakwa mencuri ikan masin di sebuah kedai runcit mendapat kecaman ramai.

Melalui satu perkongsian di Thread, kelakuan wanita itu berjaya dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) di kedai berkenaan.

Menurut perkongsian itu, wanita tersebut sudah membayar beberapa barangan yang dibeli sebelum pergi ke tempat ikan masin dah dilihat memasukkan beberapa ekor ikan masin ke dalam plastik dan berlalu pergi tanpa membayarnya.

“Tolong tengok sikit mak siapa yang mencuri ni. Tudung coklat. Barang dalam plastik dia bayar tapi dia rembatnya ikan masin banyak-banyak,” tulis hantaran itu.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan wanita terbabit.

“Semoga makcik cepat-cepat sedar. Kesian aniaya orang niaga macam ini,” kata Ain.

“Ya Allah mak cik macam tu je kau rembat ikan masin tu dahlah banyak ambil tak takut orang nampak ke apa? Ikan masin je nak mencuri suka betul makan benda haram mak cik ya,” kata Adelia.

“Dah biasa, habit. Kadang bukan tak mampu nak bayar. Tapi dah selalu buat,” kata Krikalfie. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN