fbpx

Amboi, baju Eyka Farhana!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EYKA FARHANA

SAMA seperti Scha Elinnea, Eyka Farhana juga tidak berhenti menjadi bahan percakapan umum berhubung penampilan beraninya.

Memang kerap Diva baca gosip mengenai penampilan seksinya.

Cuma baru-baru ini penampilan Eyka ketika menghadiri sebuah acara fesyen menuai pandangan negatif ramai.

Mungkin ada yang suka dengan penampilan tersebut tetapi majoritinya kurang senang kerana gaun biru yang digayakannya agak sendat, singkat dan agak terdedah pada bahagian dada.

Eyka juga dilihat kerap meletakkan tangan pada bahagian dadanya. Mungkin ingin menutup bahagian yang agak terdedah.

Netizen pun apa lagi, dilemparkan komen dan berharap aktres itu bertaubat dan berhenti daripada muncul dengan imej seksi.

Bagusnya Eyka, dia tidak membalas atau melawan semua komen negatif yang dilemparkan. Mungkin malas nak panjangkan cerita agaknya.

DIVA: Tak sabar nak menonton filem Polis Evo 3. Khabarnya lebih gempak daripada sebelum ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI