fbpx

KKM kemuka 2,000 permohonan jururawat kontrak ke jawatan tetap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lukanisman Awang (tengah berdiri barisan ketiga) bersama jururawat pada Majlis Perasmian Hari Jururawat Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2023 di Pusat Konvensyen Setia City. Foto Saddam Yusoff

SHAH ALAM- Kementerian Kesihatan (KKM) mengemukakan sebanyak 2,000 permohonan jururawat lantikan kontrak untuk diserap ke jawatan tetap, tahun ini.

Timbalan Menterinya, Lukanisman Awang Sauni berkata, kesemua permohonan melibatkan jururawat di seluruh negara itu diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi tindakan lanjut.

Katanya, kementerian mengakui wujud keperluan bagi menambah jumlah jururawat sedia ada yang mencecah 165,000 orang ketika ini.

“Keadaan itu mengambil kira faktor  pembinaan banyak fasiliti kesihatan baharu termasuk di kawasan pedalaman.

“Justeru, kita memohon kepada JPA mengenai tambahan jururawat kontrak untuk diserap ke jawatan tetap,” katanya selepas merasmikan Hari Jururawat Antarabangsa 2023 di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), Setia Alam di sini, hari ini.

September tahun lalu, media melaporkan seramai 1,136 Jururawat Gred U29 Kontrak dari Institut Latihan KKM dan 2,804 jururawat swasta yang dilantik secara kontrak bagi menyokong perkhidmatan kesihatan terutama ketika pandemik Covid-19 akan diserap ke jawatan tetap.

Jelas Lukanisman, pihaknya sedang melakukan proses pemetaan bagi mengoptimumkan khidmat kakitangan sama ada doktor, jururawat dan pegawai perubatan.

“Tugas jururawat sememangnya perlu penambahbaikan berterusan termasuk melibatkan isu penjawatan selepas pandemik Covid-19.

“Bagaimanapun, permohonan penjawatan tetap itu bergantung sepenuhnya kepada keputusan dan jawapan JPA,” tegasnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI