fbpx

Sabalenka enggan dianggap pilihan di Terbuka Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SABALENKA menjuarai Terbuka Madrid selepas menundukkan Swiatek sekali gus dianggap sebagai pilihan untuk menjuarai Terbuka Perancis. – AFP

ROM – Pemain tenis No. 2 dunia, Aryna Sabalenka mengambil pendekatan merendah diri apabila enggan melabelkan dirinya sebagai pilihan menje­lang kejohanan Terbuka Perancis yang akan bermula 22 Mei hingga 11 Jun depan.

Pemain Belarus itu baru sahaja merangkul gelaran ketiga­nya musim ini apabila muncul juara pada Terbuka Madrid selepas menewaskan pemain No. 1 dunia dari Poland, Iga Swiatek di perlawanan akhir Ahad lalu.

Justeru, dia kini dalam persiapan bagi menghadapi kejohanan Terbuka Itali yang boleh dianggap sebagai aksi pemanas badan sebelum menggalas cabaran pada saingan di Roland Garros nanti.

“Saya tidak rasa se­perti itu (pemain pilihan), tetapi saya benar-benar mahukan status tersebut. Saya akan terus bekerja keras bagi menampilkan aksi terbaik pada kejohanan di Rom dan Roland Garros nanti.

“Selepas aksi Jelajah ber­akhir, kita tunggu dan lihat bagaimana aksi saya di atas ge­langgang tanah liat nanti. Ketika itu barulah kita tahu sama ada saya benar-benar bagus atau bernasib baik,” katanya.

Pemain berusia 25 tahun itu juga mengakui gembira dengan prestasi dipamerkan setakat ini selepas dia mengharungi aksi mengecewakan musim lalu apabila gagal memenangi sebarang kejohanan.

“Saya tidak fikir mengenai potensi untuk menjadi juara Grand Slam atau berada di ranking No. 2 dunia kerana tidak pasti saya boleh lakukannya ataupun tidak. Apa yang saya tahu adalah untuk sentiasa bekerja keras memperbaiki permainan,” ujar Sabalenka.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI