fbpx

Pembenihan awan dijalankan selepas terima permohonan kerajaan negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Nazmi (dua dari kiri) melakukan simbolik menanam pokok meranti sarang punai pada Program Townhall Madani bersama Mahasiswa dan JKOM di UiTM Machang hari ini. -Foto ROSMIZAN RESDI/KOSMO!

MACHANG – Kerajaan akan menjalankan operasi pembenihan awam di kawasan tertentu selepas menerima permohonan daripada kerajaan negeri.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sekiranya keperluan berkenaan dibangkitkan, kerajaan akan terus membantu mengikut mekanisme yang ditetapkan.

“Pembenihan awan ini dilakukan apabila ada keperluan (di peringkat) negeri. Setakat ini, Pulau Pinang telah membangkitkan isu ini (pembenihan awan) dan mereka terus dibantu.

“Di peringkat kerajaan pula, ia bergantung kepada kerajaan negeri dan ada mekanisme yang ditentukan,” katanya kepada pemberita selepas sesi Townhall Madani bersama mahasiswa dan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjalankan Operasi Pembenihan Awan di kawasan tadahan Empangan Teluk Bahang serta Empangan Teluk Air Itam di Pulau Pinang pada 2 Mei lalu.

Operasi itu turut melibatkan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara dan kerajaan negeri Pulau Pinang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI