fbpx

Pelajar diugut pihak IPT jika viralkan isu tiada air di kampus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Beberapa pelajar di sebuah institut pengajian tinggi (IPT) mendakwa mereka diugut oleh pihak kampus sekiranya menularkan isu ketiadaan bekalan air di kediaman mahasiswa.

Menerusi beberapa tangkap layar WhatsApp yang tular di Twitter sejak semalam, memaparkan luahan para pelajar yang kecewa apabila tiada tindakan dibuat oleh pihak IPT meskipun sudah beberapa hari mereka tidak mandi gara-gara ketiadaan air.

Lebih menyedihkan, mereka mendakwa turut diberikan amaran oleh pihak IPT kerana bimbang reputasi universiti terjejas.

Mereka juga mendakwa pihak IPT tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai isu itu.

“Setiap minggu mesti tiada air, orang mahu solat pun terpaksa berjimat air dalam baldi. Mana larat hari-hari angkat air dari bawah pergi tingkat 4.

“Ini satu penganiayaan dan penindasan kepada pelajar. Lama sudah kami bersabar, ini hak kami sebagai pelajar, hak kami yang bayar yuran. Pelajar bukan stres belajar sekarang ini, tapi stres tiada air,” luah salah seorang pelajar yang terkesan.

Dalam perkongsian yang lain, seorang wanita mendakwa adiknya yang merupakan seorang pelajar IPT di Sabah, berdepan dengan kesukaran menguruskan aktiviti hariannya kerana kolej yang diduduki terputus bekalan air.

Apa yang membuat wanita itu kesal lagi, apabila permohanan para pelajar untuk pensyarah mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian ditolak.

“Kelas seperti biasa, tidak perlu mandi, datang saja ke kelas. Tak perlu umumkan anda mandi atau tidak sebab kampus akan tetap tiada air, meskipun sehingga ke akhir sem,” kata pensyarah berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI