fbpx

Tudung sarung ranggi menolak stereotaip

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tudung sarung dengan aneka gaya yang dikeluarkan membidas tanggapan lazim bahawa tudung sarung adalah ‘gaya ibu-ibu sahaja’.

MEMAKAI tudung memerlukan peruntukan masa sekitar 15 minit atau lebih mengikut tahap kerumitan pemakaiannya sehingga ia menjadi cabaran bagi wanita-wanita yang sangat sibuk, namun pada masa sama mahu kelihatan cantik bergaya.

Menyedari cabaran yang dihadapi oleh para wanita terutama ibu-ibu bekerjaya itu membuatkan jenama tudung Sirruhu Hijab tampil dengan pelbagai rekaan tudung sarung sebagai solusi kepada permasalahan tersebut.

Menurut pengasasnya, Zetty Rosli, Sirruhu Hijab yang ditubuhkan pada tahun 2017 sangat menekankan kecepatan pemakaian tudung cantik dan selesa khas untuk para wanita yang mahu diri sentiasa tampil anggun.

“Tudung sarung ini merupakan berita gembira buat para wanita kerana boleh dipakai kurang daripada satu minit.

“Dahulu, saya selalu mengalami masalah mencari tudung yang boleh dipakai dengan cepat dan cantik sehinggalah terbit idea untuk menghasilkan tudung sarung ini,” cerita ibu kepada tujuh orang cahaya mata itu.

Tambah Zetty, tudung sarung keluarannya itu menampilkan gaya lebih ranggi dengan potongan berlapis, corak yang menarik selain terdapat perincian sulaman sekali gus, menolak stereotaip tudung sarung adalah ‘gaya ibu-ibu sahaja’.

Selain itu, tudung sarung jenama tersebut juga sangat eksklusif yang mana bagi satu koleksi hanya dikeluarkan maksimum 180 helai.

Tampil anggun dengan menggayakan tudung sarung.

“Saya sedar sebagai wanita kita tidak suka memakai persalinan yang sama dengan orang lain, maka, di sini kami memberikan rekaan eksklusif.

“Kami juga menekankan teknik jahitan yang kemas dan saiz bentuk muka yang sesuai agar pelanggan dapat memakainya dengan selesa.

“Terdapat dua saiz muka iaitu M dan L, tetapi pelanggan boleh juga membuat permintaan selain dua saiz ini mengikut keselesaan masing-masing,” kata anak jati Seremban, Negeri Sembilan itu.

Bagi memenuhi cita rasa pelanggan yang pelbagai, tudung jenama Sirruhu Hijab didatangkan dengan empat pilihan kelabuhan iaitu S1 hingga S4.

Justeru, ia sangat sesuai dengan slogan (tagline) jenama tersebut iaitu ‘sarung dulu baru tahu’ kerana pastinya sesiapa sahaja boleh jatuh cinta selepas mengenakannya.

Bagi mencipta kelainan dan menarik hati generasi muda, Sirruhu Hijab menghasilkan selendang segera yang boleh disarung begitu sahaja.

“Sirruhu Hijab menggunakan material sifon georgette sebagai fabrik utama dalam penghasilan tudungnya kerana sejuk dan ringan dipakai serta terletak cantik.

“Harga bagi sehelai tudung dijual bermula RM47, pelanggan boleh mendapatkannya di butik mahupun membeli secara online di laman webnya iaitu www.sirruhu.com.my dan juga di laman sosial.

“Tudung keluaran kami juga telah berjaya menembusi pasaran Brunei dan semakin mendapat tempat di hati peminat-peminat tudung sarung di negara itu,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI