fbpx

Rajendran dilantik Datuk Bandar MBPP baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rajendran.

GEORGE TOWN – Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) baharu, Datuk Ir. A. Rajendran nekad memastikan MBPP terus mendengar suara rakyat dan menjalinkan kerjasama untuk memberi perkhidmatan serta inisiatif yang membawa manfaat kepada semua pihak.

Rajendran yang berpengalaman selama 37 tahun bertugas bersama MBPP berkata, beliau diberi tugas sebagai Datuk Bandar ketika Pulau Pinang berada pada fasa pembangunan yang menggalakkan.

“Seiring dengan pembangunan Pulau Pinang, permintaan, kehendak dan keperluan penduduk termasuk mereka yang terlibat dengan industri serta perniagaan telah meningkat.

“MBPP menjadi titik hubungan pertama dan secara langsung berdepan dengan isu-isu dan masalah yang dihadapi penduduk dan pemegang taruh, MBPP sentiasa bersedia untuk mendengar suara rakyat serta memberi perkhidmatan kepada semua pihak,” katanya ketika berucap dalam majlis pengakuan penerimaan jawatan Datuk Bandar MBPP di Dewan Bandaraya, di sini hari ini.

Terdahulu, Rajendran, 60, dilantik menjadi Datuk Bandar MBPP bagi menggantikan Datuk Yew Tung Seang yang bersara wajib pada 5 Mei lalu.

Beliau yang merupakan bekas Setiausaha MBPP berkata, isu-isu utama yang diketahui umum dan sedang diberi perhatian yang serius adalah soal kebersihan dan kesesakan lalu lintas.

Selain itu, katanya, pasukan khas juga diwujudkan untuk mengambil tindakan segera ke atas sebarang aduan yang diterima dan memberi perkhidmatan sokongan sekiranya diperlukan.

Tambahnya, pelan-pelan tindakan untuk memperkukuh lagi daya tahan dan kesiapsiagaan dalam menghadapi sebarang situasi, gejala atau bencana alam terutama sekali kesan perubahan iklim juga sedang diberi perhatian.

”MBPP juga berupaya mengikuti perkembangan arus evolusi digital yang telah memberi impak positif kepada cara MBPP mengurus dan mentadbir bandar.

“Pada masa ini sebanyak 112 urusan pembayar cukai MBPP boleh dijalankan secara dalam talian manakala pembayaran tanpa tunai telah digunakan untuk 86 peratus daripada transaksi dengan MBPP pada 2023,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI