fbpx

Mohamed Nordin Abdullah Ketua Polis Daerah Manjung baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOR Omar (kiri) menyerahkan tongkat kuasa jawatan Ketua Polis Daerah Manjung kepada Mohamed Nordin (kanan) sambil disaksikan Azizi pada majlis serah terima tugas di IPD Manjung hari ini.

LUMUT – Bekas Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamed Nordin Abdullah dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Manjung yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Serentak pelantikan itu, beliau dinaikkan pangkat sebagai Asisten Komisioner Polis (ACP) pada majlis serah terima tugas dan pemakaian pangkat tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung hari ini.

Mohamed Nordin menggantikan Asisten Komisioner Nor Omar Sappi yang dilantik sebagai ACP Seksyen Pengurusan Kualiti (Penyelidikan dan Pembangunan), Urus Setia Pejabat Ketua Polis Negara, Bukit Aman.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris.

Pada majlis sama, turut diadakan serah terima tugas jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Manjung daripada Senior Asisten Komisioner Siti Dalila Mohd. Yasin kepada Norlima Abdullah yang disaksikan Pemangku Pengerusi Perkep Perak, Datin Wanita Wari.

Dalam ucapannya, Azizi berkata IPD Manjung adalah IPD yang memiliki kemudahan serta fasiliti terbaik di Perak dan berharap ia dapat memberi semangat kepada pegawai dan anggota di situ untuk memberikan perkhidmatan terbaik.

Bagi Mohamed Nordin, beliau akan berusaha memastikan IPD Manjung terus memberikan perkhidmatan terbaik untuk masyarakat, selain mengucapkan terima kasih kepada pucuk kepimpinan pasukan tersebut yang memberi kepercayaan kepadanya menerajui IPD Manjung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI