fbpx

Kes gugur kandungan Nurul Shuhada dirujuk Mahkamah Syariah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Polis mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan isteri pelakon Hafidz Roshdi menggugurkan kandungannya secara sengaja.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, dua laporan terbabit masing-masing dibuat pada 17 April dan 6 Mei lalu.

Bagaimanapun, kata beliau, tiada sebarang siasatan dibuat terhadap dua laporan polis tersebut.

“Laporan polis telah dirujuk kepada pihak Mahkamah Syariah kerana kes berkaitan dengan isu ini masih berjalan.

“Sekiranya benar seperti dakwaan pengadu (Hafidz Roshdi), satu laporan polis harus dibuat bagi siasatan lanjut dijalankan bersama maklumat berkaitan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau turut menegaskan, laporan tersebut akan dimajukan kepada kawasan di mana keguguran dibuat.

Terdahulu, Hafidz atau nama penuhnya, Muhammad Hafidz Roshdi,29, mendedahkan Nurul Shuhada Mat Shukri menggugurkan kandungan yang berusia 14 minggu dengan sengaja.

Untuk rekod, Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar berusia dua tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI