fbpx

Kerjasama KPN-UPSI, perkasa pendidikan awal kanak-kanak Tabika Perpaduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noridah (tengah, belakang) menyaksikan sesi MoU yang disempurnakan Marzita (duduk dua dari kiri) dan Ketua Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integriti Nasional (JPNIN) Datuk Norison Ramli (duduk tiga dari kiri) di Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI Tanjong Malim.

TANJUNG MALIM – Kementerian Perpaduan Negara (KPN) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi memperkukuh, menggalak dan membangunkan kerjasama dalam memperkasa pendidikan awal kanak-kanak di Tabika Perpaduan.

Menurut Ketua Setiausaha KPN, Datuk Indera Noridah Abdul Rahim, kerjasama ini bakal menyaksikan pengukuhan pendidikan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) berlandaskan Rukun Negara selain pengukuhan program-program perpaduan dan nilai-nilai murni dengan sasaran lebih 37,012 orang murid di 1,781 buah Tabika Perpaduan seluruh negara.

“KPN bekerjasama erat bersama pihak UPSI khususnya di dalam pemerkasaan dan pemantapan program-program Tabika Perpaduan menerusi penghasilan Buku Pendidikan Rukun Negara, Buku Aktiviti Murid Tabika Perpaduan, Program Senam Harmoni, Kursus Penghayatan dan Pengamalan Rukun Negara.

“Kerjasama turut melibatkan pembentukan modul bagi Kursus Asas Pendidikan Awal Kanak-Kanak Guru serta Penolong Guru Tabika Perpaduan,” katanya semasa berucap di Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City di sini baru-baru ini.

Menurut Noridah, beberapa inisiatif akan dibangunkan oleh KPN bersama Fakulti Pembangunan Manusia (FPM) UPSI secara bersama, antaranya pembangunan video interaktif Komunikasi Asas Pelbagai Bahasa, memantapkan kaedah PdP Tabika Perpaduan melalui kaedah pengajaran yang menarik di bawah program i-Fikir.

Beliau memaklumkan, antara yang akan dilaksakan termasuklah mengaplikasikan penggunaan teknologi maklumat di dalam pembelajaran melalui program Genius ICT dan i-Pintar.

Selain itu, katanya, modul PdP menggunakan kaedah pendekatan Science, Technology, Relation, Engineering, Art and Mathematics (STREAM) akan turut diperkenalkan di Tabika Perpaduan yang mana program itu akan menggabungkan elemen keseronokan dan pembelajaran secara holistik yang merentasi semua tunjang pembelajaran kanak-kanak tanpa mengabaikan nilai-nilai murni dalam kehidupan sesama insan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI