fbpx

Satu keluarga buka silat di depan pengantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar keluarga pengantin lelaki mempersembahkan silat.

PETALING JAYA – Aksi sebuah keluarga yang mempersembahkan silat di sebuah majlis perkahwinan mengundang reaksi teruja daripada tetamu yang hadir.

Melalui klip video perkongsian Liyanaaa21_ di akaun TikTok miliknya memaparkan, seluruh ahli keluarga pengantin lelaki turun padang mempersembahkan silat secara berkumpulan.

Liyana menerusi ruangan kapsyen berkata, dia teruja melihat persembahan silat berkenaan kerana dipersembahkan oleh ahli keluarga pengantin itu sendiri.

“Saya teruja sikit ‘wedding’ kawan kali ini sebab satu keluarga turun bersilat. Paling comel cuba tengok ‘parents’ mereka bersilat,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji keluarga berkenaan yang mempunyai kebolehan bersilat.

“Bukan senang nak tengok semua sekali silat. Terbaik semua,” kata Eija.

“Cantik bunga-bunga makcik. Mahunya siapa yang berani kacau makcik ni memang buka langkah terus,” ujar Chikeima.

Perkongsian tersebut tular sehingga memperoleh lebih 200,000 tontonan dan 19,800 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI