fbpx

MetMalaysia laksana ujian siren SAATNM di 4 lokasi esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) esok yang bertumpu di empat lokasi di Sabah dan Kedah.

MetMalaysia berkata, antara lokasi yang terlibat adalah di Masjid Daerah Sandakan, Sabah bermula pukul 9 pagi hingga 1 tengah hari.

Katanya, pengujian siren di Telaga Harbour Park, Langkawi, Kedah akan dilaksanakan sekitar pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari.

Seterusnya, di Medan Niaga Pantai Pasir Hitam, Langkawi, Kedah pada pukul 12 tengah hari hingga 2 petang.

Lokasi keempat pengujian siren berkenaan juga akan dilakukan di Masjid Al-Istiqamah, Kuala Teriang, Langkawi, Kedah sekitar pukul 3 hingga 5 petang esok.

“Penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut kerana ia merupakan suatu ujian sahaja.

“MetMalaysia akan memaklumkan jika terdapat sebarang pindaan,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI