fbpx
Tan (tengah) bersama Maureen Yeoh (kiri) pada majlis pelancaran pejabat baharu syarikat di Sunway Nexis, Petaling Jaya baru-baru ini.

Maxpine gagah tembusi lima buah negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Menggunakan kelebihan herba semula jadi se­perti moringa sebagai bahan utama dalam pengeluaran produk jualan telah menjadi sumber rezeki buat Maxpine International Holdings Sdn. Bhd. (Maxpine) sejak bermula tahun 2008.

Syarikat yang terlibat dalam bidang pemasaran pelbagai pe­ringkat (MLM) dan ahli kepada Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM) itu telah dibangunkan oleh pengasasnya, Datuk H.K Tan.

Percaya kepada kelebihan ‘pokok ajaib’ itu, beliau telah membuat kajian mengenai ke­lebihan tumbuhan moringa yang dikenali sebagai superfood serta gigih meneroka pembuatan produk sehingga menjadi perintis dalam industri tersebut.

“Kami adalah syarikat pertama yang memperkenalkan minuman Moringa Elixir di pasaran tempatan sekali gus berjaya menguasai pasaran tempatan ketika itu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis rumah terbuka Maxpine dan pelancaran pejabat baharunya di Sunway Nexis di sini baru-baru ini.

Pada majlis yang sama, Maxpine turut melancarkan keahlian Kelab Royal yang mana kelab itu diwakili oleh ahli-ahli niaganya yang setia selama lebih lima tahun dan aktif bersama Maxpine.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Pengarah Urusan, Maureen Yeoh.

Bermula secara kecil-kecilan, Tan, 63, yang berpengalaman selama 30 tahun dalam bidang pengeluaran peralatan tulen (OEM) itu terus berusaha gigih meluaskan empayarnya ke pe­ringkat yang lebih maju ke hadapan sehinggalah mampu menembusi pasaran global.

Sehingga kini, syarikat memiliki 60 jenis produk di bawah empat segmen produk yang terdiri daripada siri produk mo­ringa, segmen penjagaan kesihatan, kulit, badan dan juga kecantikan.

Berpangkalan di Pulau Pinang, Maxpine bukan sahaja me­nguasai pasaran domestik, malah mampu mengembangkan cawangan ke dua buah negara sehingga kini bermula pada tahun 2019 di Singapura, seterusnya ke Turkiye pada tahun 2020, manakala tiga lagi pasaran baharu tahun ini.

“Kami bakal meneroka ke Indonesia, Thailand dan Ghana pada tahun ini, malah sebuah pejabat baharu di Malaysia juga telah dibuka selain di Pulau Pinang dan kini terdapat di Sunway Nexis di sini.

“Saya berbangga dengan pencapaian syarikat hingga kini dan semua ini adalah hasil daripada sokongan kakitangan, ahli dan pembekal serta mereka yang ­berada dalam industri ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Tan yang ­berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu menerangkan, produk keluaran Maxpine dibangunkan melalui kajian dan pembangunan yang teliti selain disokong oleh sekumpulan pasukan yang berkemahiran dan berpengalaman.

Sokongan daripada Sky Resources, salah satu syarikat yang memiliki pengalaman selama 32 tahun dalam pengeluaran OEM turut membantu meningkatkan lagi pertumbuhan Maxpine.

Selain itu, tambah beliau, Maxpine kini aktif mempersiapkan pelbagai strategi jangka pendek dan panjang bagi membolehkan ahlinya mampu bersaing di pasaran tempatan dan global.

“Dengan adanya kilang OEM sendiri, kami mampu bersaing dan mempertahan harga berpatutan dengan kualiti produk terbaik serta berkesan,” ujarnya sambil menambah melalui kele­bihan tersebut, syarikat mampu mengeluarkan produk terkini pada harga menarik kepada pe­langgan.

Mengulas mengenai kejayaan syarikat yang memperoleh pelbagai anugerah bagi mengu­kuhkan jenama di pasaran, Tan memberitahu, ia turut disokong komitmen usahawan di bawah syarikat yang dilatih serta dibimbing untuk membangunkan platform bisnes masing-ma­sing sehingga mampu bergelar jutawan.

“Syarikat berkeyakinan dan semakin aktif untuk membantu usahawan agar terus setia bersama kami bagi menjana pendapatan lebih menarik, sekali gus mengubah taraf hidup masing-masing,” katanya.

Tambah beliau, untuk perancangan masa depan, pihaknya bakal menggunakan hartanah sedia adanya di Bertam, Pulau Pinang untuk mengusahakan ladang moringa agar menjadi lebih berdaya saing menjelang tahun depan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN