fbpx

Waris lelaki langgar kerbau terima penakat RM916.67

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SULAIMAN (dua dari kiri), Siti Faizah (dua dari kanan) dan Abd. Azis (kiri) menyampaikan bantuan kepada keluarga Nur Aleeza di Jalan Solok Tulang, Kampung Solok Duku, Masjid Tanah, Melaka. Foto oleh AMRAN MULUP/ KOSMO!

ALOR GAJAH – Enam beranak waris kepada lelaki yang maut selepas melanggar seekor kerbau dalam keadaan jalan gelap di Jalan Tanjung Bidara – Solok Duku Masjid Tanah, di sini, menerima pencen penakat berjumlah RM916.67.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah malam pada 18 April lalu itu, mangsa Sazali Mohamad, 36, yang menunggang motosikal jenis Honda RS-X meninggal dunia di tempat lokasi akibat kecederaan parah di kepala.

Menurut Nur Aleeza, 31, dia bersyukur apabila menerima bantuan pencen tersebut yang sedikit sebanyak dapat membantunya membesarkan lima orang anak berusia antara tiga hingga 11 tahun.

Ujarnya, dia dan anak-anak hilang tempat bergantung kerana sebelum ini mereka mengharapkan pendapatan arwah yang bekerja kontrak dalam bidang media manakala dirinya hanya merupakan seorang suri rumah.

“Alhamdulillah dengan pencen penakat ini dapatlah menampung sedikit keperluan anak-anak, meskipun saya masih buntu memikirkan nasib dan masa depan mereka,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Jalan Solok Tulang, Kampung Solok Duku, Masjid Tanah di sini, hari ini.

Sebelum ini nahas menimpa Sazali turut mendapat perhatian ramai selepas klip video menyayat hati pengebumian mangsa yang memaparkan anak-anaknya menangis ketika meratapi wajah bapa mereka tular di media sosial.

Mencerita semula kejadian tersebut, dia memberitahu suaminya keluar dari rumah kira-kira pukul 9.45 malam kerana hendak berjumpa kawan.

“Lebih kurang pukul 12.40 tengah malam saya telefon balik dan terkejut apabila orang lain yang angkat sebelum beritahu suami saya terlibat dalam kemalangan motosikal.

“Saya bersama anak kedua, Muhammad Adam Ijaz, 11, bergegas ke tempat kejadian dan tidak menyangka jasad yang diselimutkan di atas jalan adalah suami saya yang sudah meninggal dunia,” ujarnya.

Katanya, sebelum kejadian arwah turut menunjukkan perubahan sikap termasuk membeli baju raya keluarga mereka lebih awal berbanding tahun-tahun sebelumnya.

“Dia (Sazali) beli baju raya anak 10 hari sebelum Aidilfitri, sepanjang 12 tahun bersamanya, biasanya persiapan dilakukan dihujung-hujung Ramadan. Selain itu, pada petang sebelum kejadian arwah juga ada membeli ayam dan daging serta telah membayar siap-siap semua bil rumah,” katanya dalam nada sayu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI