fbpx

Tabika dan taska Kemas siap siaga hadapi cuaca panas, jerebu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) telah mengingatkan semua Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) dan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) agar melaksanakan langkah-langkah pencegahan dalam menghadapi cuaca panas dan jerebu.

Unit Komunikasi Korporat Kemas, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), menerusi satu kenyataan berkata, ia sebagai respons kepada saranan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Kesihatan (KKM), sebelum ini.

“Antaranya ialah penangguhan semua aktiviti luar bilik darjah jika cuaca terlalu panas, hadkan aktiviti fizikal lasak semasa dan tempoh berada di luar bangunan.

“Selain itu, mereka disaran utntuk guna pelindung diri seperti payung, topi dan kipas atau penyaman udara untuk sejukkan badan selain galakkan kanak-kanak minum cukup air.

“Bagi kawasan yang bacaan indeks pencemaran udara (IPU) melebihi 100, semua aktiviti luar bilik darjah perlu dihentikan dan digesa dapatkan rawatan segera jika alami gejala strok haba,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, semua tabika dan taska Kemas turut dinasihatkan agar sentiasa mematuhi Garis Panduan Aktiviti Fizikal Malaysia, KKM serta peka dengan perkembangan semasa.

“Maklumat terkini status cuaca panas juga boleh didapati di laman sesawang Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) di https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas.

“Kenali langkah-langkah pencegahan ketika cuaca panas di laman sesawang KKM dan jangan lupa ikuti juga perkembangan semasa menerusi media,” tambah kenyataan itu lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI