fbpx

1,500 dos vaksin pneumokokal percuma untuk jemaah haji Selangor, esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bayi lelaki dan perempuan yang lahir pada 2022 secara purata dijangka hidup selama 73.4 tahun, berdasarkan statistik Jangkaan Hayat Malaysia 2022. - Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Sebanyak 1,500 dos vaksin pneumokokal percuma akan diberikan kepada jemaah haji Selangor yang bakal hadir ke Kursus Haji Perdana di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, esok.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Dr. Siti Mariah Mahmud berkata, ini dilaksanakan menerusi Program Vaksin Selangor (SELVAX) bagi melindungi dan mencegah individu daripada mendapat jangkitan paru-paru ketika menunaikan ibadah haji.

Katanya, pra pendaftaran telah dibuka bermula hari ini di aplikasi Selangkah dan jemaah yang mengalami kesukaran mendaftar secara atas talian, kaunter pendaftaran turut akan disediakan di tapak program.

“Jemaah haji yang tinggal di luar Shah Alam juga amat digalakkan untuk mendapatkan vaksin pada hari yang dinyatakan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jemaah yang tinggal di Shah Alam atau kawasan berdekatan boleh mendapatkan vaksin Pneumokokal tersebut secara percuma di Klinik Selcare Universiti Selangor Universiti Selangor (Unisel), Shah Alam bermula esok sehingga 15 Jun depan pada pukul 9 pagi hingga 5 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI