fbpx

Skuad badminton galas harapan besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUN HAO bakal mengetuai 20 pemain muda skuad badminton negara yang akan berjuang pada Sukan SEA Kemboja 2023 di Phnom Penh bermula esok.

PRESIDEN Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria meletakkan harapan tinggi agar skuad badminton negara yang beraksi pada Sukan SEA Kemboja 2023 untuk tampil dengan prestasi memberangsangkan.

Kata Norza, keputusan badan induk badminton kebangsaan untuk mengetengahkan pemain muda bagi meraih pengalaman di temasya dwitahunan Asia Tenggara itu adalah tepat, sekali gus memantapkan lagi peringkat akar umbi.

“Kita sudah mula mengete­ngahkan pemain muda ke temasya Sukan SEA bermula dari dua atau tiga edisi sebelum ini. Malah, umur pemain yang dihantar juga semakin menurun dan ini bermakna proses mencungkil pelapis itu sedang berjalan.

“Saya percaya mereka tahu peranan masing-masing dan saya percaya, skuad muda yang dihantar ke temasya Sukan SEA 2023 kali ini dapat berikan yang terbaik,” katanya.

Sebagai rekod, kem badminton kebangsaan berjaya me­nyumbangkan satu pingat emas, dua perak dan satu gangsa pada temasya Sukan SEA 2021 di Vietnam tahun lalu, sekali gus berada di tangga ketiga di belakang Indonesia dan Thailand.

Bagi edisi kali ini, pasukan badminton negara dibarisi 20 pemain yang diketuai oleh seorang pemain senior, Leong Jun Hao.

Selain Jun Hao, turut berada dalam senarai pemain lelaki adalah Kok Jing Hong, Ong Ken Yon, Lee Shun Yang, Rayner Beh Chun Meng, Goh Boon Zhe, Chia Weijie, Liew Xun, Yap Roy King dan Choong Hon Jian.

Barisan pemain wanita pula diketuai Siti Nurshuhaini Azman, Tan Zhing Yi, Wong Ling Ching, Ong Xin Yee, Low Yeen Yuan, Valeree Siow, Lee Xin Jie, Cheng Su Hui, Cheng Su Yin dan Yap Ling.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI