fbpx

Mahkamah: Sharnaaz kemuka representasi gugur pertuduhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sharnaaz (tengah) ketika hadir di Mahkamah Majistret, hari ini. Foto SADDAM YUSOF

KUALA LUMPUR – Pelakon Sharnaaz Ahmad telah mengemukakan representasi di Mahkamah Majistret, di sini, untuk menggugurkan pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap seorang lelaki di sebuah kondominium Jun, tahun lalu yang didakwa ke atasnya.

Peguam, Datuk Abu Bakar Isa Ramat, yang mewakili Sharnaaz, berkata, reprsentasi itu telah dihantar ke Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 2 Mei lalu.

“Pihak kami baru menghantar representasi pada 2 Mei lalu kerana terdapat beberapa dokumen dan perkara yang perlu diselesaikan. Ada kemungkinan pengadu tidak mahu meneruskan kes namun tiada kepastian,” kata peguam itu.

Selepas mendengar makluman itu Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim kemudian menetapkan 10 Julai ini bagi keputusan representasi tersebut.

Semasa prosiding pihak pendakwaan tidak membantah dengan tarikh keputusan reprsentasi yang telah ditetapkan.

Sementara itu, Sharnaaz ketika ditemui selepas prosiding kes berkata, pihaknya akan cuba menyelesaikan kes sebaik mungkin.

“Sekiranya tiada kesudahan (penyelesaian) saya bersedia untuk ke perbicaraan,” katanya.

Mengikut pertuduhan, Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Bazir Ahmad, 38, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki berusia 27 tahun di kawasan lif pintu masuk sebuah blok kondominium di Jalan Dutamas, di sini, pukul 8.30 malam pada 16 Jun 2022.

Berikutan itu pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sebelum ini media melaporkan Sharnaaz direman selepas disyaki menumbuk dan menendang seorang penghuni kondominium di Segambut, di sini pada Jun tahun lalu.

Pelakon yang mendiami kondominium sama dilaporkan menumbuk dan menendang mangsa selepas rakan mangsa yang hendak menghantar minyak masak dilarang memasuki kawasan kondominium berkenaan oleh pengawal keselamatan, di situ.

Kejadian dipercayai berlaku selepas berlaku pertengkaran mulut antara mangsa dengan pengawal keselamatan sebelum pelakon terbabit datang secara tiba-tiba dan memukul mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI