fbpx

Lelaki parah dipukul hingga patah tulang leher, alami pendarahan otak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Gara-gara perselisihan faham, seorang lelaki mengalami cedera parah akibat dipukul dalam kejadian di Jalan Budiman, Cheras, di sini, 20 April lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya mendapati kejadian tersebut ditularkan menerusi Facebook, hari ini.

Katanya, semakan mendapati, Pegawai Perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Cheras, Kuala Lumpur menerima mangsa iaitu seorang lelaki berusia 32 tahun dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Pemeriksaan mendapati mangsa mengalami pendarahan di bahagian otak, tengkorak kepala retak di bahagian belakang dan patah tulang leher,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa telah berselisih faham dan bertengkar mulut dengan seorang individu.

“Suspek dipercayai lelaki tempatan itu kemudiannya memukul muka mangsa beberapa kali menyebabkan mangsa jatuh terlentang dan tidak sedarkan diri.

“Usaha diteruskan untuk mengesan suspek masih giat dijalankan,” katanya.

Suspek yang dipercayai terlibat.

Menurutnya, mangsa kini masih mendapatkan rawatan di hospital dan kes disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

“Sekiranya mempunyai maklumat, orang ramai boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI