fbpx

Hasil kumpulan F&NHB naik kepada RM1.2 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yew Hoe (kiri) bersama Pengarah Kewangan Kumpulan, Tiong Yean Yau pada sidang akhbar mengumumkan keputusan kewangan F&NHB di Kuala Lumpur hari ini. 张焱垚 Director, Group Finance

PETALING JAYA – Fraser & Neave Holdings Berhad (F&NHB) mencatat keputusan lebih kukuh bagi suku kedua berakhir 31 Mac 2023 (S2 TK2023) dipacu oleh prestasi yang lebih baik daripada semua unit perniagaan makanan dan minuman Kumpulan.

Hasil Kumpulan meningkat 8.9 peratus kepada RM1.2 bilion berbanding  RM1.107 bilion tahun lepas.

Untung operasi Kumpulan pada S2 TK2023 meningkat sebanyak 15.1 peratus  kepada RM126.0 juta, manakala untung selepas cukai meningkat 8.6 peratus kepada RM102.0 juta berbanding tempoh yang sama tahun lepas walaupun terdapat kos faedah yang lebih tinggi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, momentum jualan yang positif hasil jualan musim perayaan dan sumbangan daripada Cocoaland menyaksikan Food & Beverages Malaysia (F&B Malaysia) mencatatkan peningkatan hasil S2 sebanyak 15 peratus kepada RM707.6 juta berbanding suku kedua tahun lepas. 

Selain itu, bagi keputusan kewangan separuh pertama tahun berakhir 31 Mac 2023 (ST1 TK2023), hasil Kumpulan meningkat sebanyak 9.5 peratus kepada RM2.42 bilion.

“Ini merupakan peningkatan sebanyak RM210.8 juta berbanding tahun sebelumnya. 

“Untung operasi Kumpulan meningkat 61.9 peratus berbanding tahun lepas menjadi RM350.9 juta dan untung selepas cukai melonjak 60.5 peratus kepada RM299.8 juta, meningkat daripada RM186.8 juta tahun lepas. 

Mengulas mengenai pencapaian tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif F&NHB, Lim Yew Hoe berkata, prestasi yang bertambah baik disebabkan oleh beberapa  keputusan perniagaan strategik sejak dua tahun lepas yang membolehkan syarikat menjadi lebih berdaya saing dan tangkas. 

Keputusan ini juga meletakkan asas untuk pertumbuhan seterusnya dalam pasaran.

“Permulaan tahun kami adalah sangat sibuk dan mula membuahkan hasil. Kami berjaya menempuh keadaan pasaran yang sentiasa berubah dan mencabar dengan strategi harga dan portfolio yang lebih baik. 

“Tambahan lagi, pelaburan kami dalam penyelesaian pengurusan rantaian bekalan, pengurangan banjir dan tenaga boleh diperbaharui telah mula menunjukkan kecekapan kos dan logistik jangka panjang serta pengurusan risiko yang lebih baik untuk operasi kami,” ujarnya.

Tambah beliau, salah satu segmen pertumbuhan utama Kumpulan iaitu makanan bungkusan halal, Cocoaland telah menyumbang secara positif kepada Kumpulan dan pihaknya komited kepada masa depan yang cerah dengan pemerolehan ini.

Berkaitan ladang tenusu bersepadu di Ladang Permai Damai, Yew Hoe menerangkan, Kumpulan kekal komited untuk menyiapkan fasa satu projek ini menjelang bulan Disember 2024 yang mana proses pemerahan susu yang pertama dijangka bermula.

“Ini akan membolehkan Kumpulan untuk tidak terlalu bergantung pada susu import serta menggalakkan pertumbuhan industri pertanian tempatan serta menyumbang kepada keterjaminan makanan di Malaysia,” terang beliau. -KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI