fbpx

Rombak strategi bisnes, biskut Nurul Shuhada tak laku?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHUHADA

LEBIH sebulan menjual biskut bawah jenama sendiri, Shelup Shelup Satu Tak Cukup, isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri mahu menghentikan perniagaannya itu.

Macam-macam kecaman juga yang perlu dihadap Shuhada termasuk dakwaan harga mahal seperti biskut kayangan.

Atas beberapa faktor sampingan operasi bisnes yang dimulakan sebelum Ramadan kini terpaksa dirombak dan digantikan produk baharu supaya lebih berdaya saing.

Khabarnya Shuhada juga telah berhenti mengambil tempahan sejak Isnin lalu bagi memberi fokus terhadap produk baharu.

Ramai yang memberi maklum balas mengenai perkara itu termasuk nasihat dan sokongan terhadap keputusannya.

Begitupun, beberapa komen lain pula muncul apabila ada yang mempertikai mengenai harga biskut yang didakwa dijual pada harga ‘kayangan’ sehingga mencecah harga ratusan ringgit.

Semoga Shuhada yang bakal menimang cahaya mata ketiga itu terus kuat dan tidak patah semangat.

Mizz Lahar: Sejuk hati tengok sikap bakal isteri Shuib iaitu Watie rapat dengan anak-abak pelawak itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI