fbpx

Mangsa ribut Kampung Melayu Majidee terima bantuan RM3,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ONN HAFIZ melakukan tinjauan kerosakan rumah yang rosak di badai ribut di Lorong Setia, Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru hari ini.-Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Kesemua keluarga melibatkan 176 kediaman yang terjejas akibat kejadian ribut di Kampung Melayu Majidee, di sini semalam akan menerima bantuan berjumlah RM3,000.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, peruntukan segera itu bertujuan untuk meringankan beban mangsa-mangsa yang terjejas dengan bencana berkenaan.

“Saya berkesempatan turun ke kawasan berkenaan bagi menziarah dan mendengar rintihan mangsa yang terlibat serta melihat tahap kerosakan.

“Justeru, kerajaan negeri bersetuju meluluskan peruntukan segera bagi setiap isi rumah terjejas melalui Majlis Agama Islam Negeri Johor sebanyak RM1,000, Yayasan Bandaraya Johor Bahru (RM1,000) dan Pejabat Menteri Besar Johor (RM1,000),” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI