fbpx

Tentera Zionis lancar serangan udara ke Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kebakaran dan asap menjulang tinggi selepas sebuah jet Israel melancarkan serangan udara di Rafah, Gaza semalam. - Foto AFP

BANDAR GAZA – Tentera Israel melancarkan serangan udara dan berbalas bedilan dengan pejuang Gaza semalam, berikutan kematian seorang tahanan Palestin yang melakukan mogok lapar ketika dalam tahanan rejim Zionis.

Tentera Zionis berkata, ia membedil Gaza dengan menggunakan sejumlah kereta kebal sebagai tindak balas terhadap serangan roket dari kawasan Palestin yang disaksikan oleh wartawan AFP.

Serangan udara dilakukan ke atas Gaza dengan menyasarkan beberapa lokasi termasuk satu milik pejuang Hamas yang mengawal wilayah itu, demikian menurut sumber keselamatan dan saksi Palestin.

Sayap bersenjata Hamas, Briged Ezzedine al-Qassam berkata, pihaknya bertindak balas dengan melancarkan bedilan peluru berpandu permukaan-ke-udara.

Tembakan tercetus selepas banduan Palestin berusia 45 tahun, Khader Adnan meninggal dunia, hampir tiga bulan selepas dia ditahan di Tebing Barat yang dijajah Israel kerana hubungannya dengan kumpulan pejuang Jihad Islam.

Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh menyifatkan kematian tahanan itu adalah pembunuhan yang disengajakan.

Beliau mendakwa Israel telah membunuh Khader dengan menolak permintaannya untuk dibebaskan, mengabaikannya dari segi perubatan serta ditahan di dalam sel walaupun keadaan kesihatannya teruk. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI