fbpx

Mahkamah: Suami isteri didakwa dera anak sampai mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAGENDRA (kiri) bersama isterinya, Sangeetha dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas tuduhan mendera anak tirinya hingga meninggal dunia, minggu lalu. Foto oleh RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Sepasang suami isteri mengaku bersalah atas dakwaan melakukan penderaan terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun, minggu lalu.

Tertuduh, S. Nagendran dan isterinya, A. Sangeetha yang masing-masing berusia 23 tahun membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Berdasarkan kertas pertuduhan, kedua-dua mereka secara bersama telah menganiaya seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun dengan cara yang mendatangkan kecederaan fizikal di kediaman mereka di Skudai Villa Apartment, Taman Skudai Baru, di sini pada pukul 12.30 tengah malam, 28 April lalu.

Atas kesalahan tersebut, mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntuk hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya.

Mangsa merupakan anak kandung kepada tertuduh wanita, manakala tertuduh lelaki merupakan bapa tiri mangsa.

Timbalan Pendakwa Raya, Noor Idayu Salim mencadangkan agar mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM20,000 bagi setiap tertuduh atas kesalahan berkenaan.

Kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun memohon wang jaminan dikurangkan dengan alasan tertuduh lelaki mempunyai tanggungan keluarga iaitu isteri dan seorang lagi anak kecil yang berusia enam bulan.

Manakala tertuduh wanita pula memaklumkan dia kini sedang mengandung dan usia kandungannya adalah dua bulan.

Ahmad Kamal Arifin kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM8,000 setiap seorang dengan seorang penjamin tempatan, selain kedua-duanya perlu melapor diri di Balai Polis Mutiara Rini sebulan sekali dan pasport antarabangsa diserah kepada mahkamah.

Beliau turut memerintahkan agar sebutan semula kes berkenaan dibuat pada 7 Jun depan bagi lantikan peguam oleh tertuduh dan keputusan penghakiman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI