fbpx

PRK Kuala Kubu Baharu: Sock Tao yakin terima sokongan pengundi Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sock Tao (kanan) pada sidang akhbar penyerahan borang penubuhan cawangan DAP Melayu ketiga di Pusat Khidmat Kuala Kubu Baharu, hari ini. Foto M. FIRDAUS M. JOHARI/ KOSMO!

HULU SELANGOR – Pang Sock Tao yang mewakili Pakatan Harapan (PH) yakin menerima sokongan pengundi Melayu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) sekali gus mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu di bawah DAP.

Sock Tao berkata, beliau yakin dengan perkara itu selepas menerima sambutan menggalakkan daripada pengundi Melayu sepanjang dua hari berkempen.

“Hari ini, hari kempen kedua. Saya dengan pasukan telah melawat pasar-pasar di sekitar Batang Kali di sini dan menerima sambutan memberangsangkan dan banyak pengundi Melayu memberi sokongan kepada saya.

“Pada saat ini, saya sangat yakin kita boleh kekal di Kuala Kubu Baharu,” katanya pada sidang akhbar penyerahan borang penubuhan cawangan DAP Melayu ketiga di Pusat Khidmat Kuala Kubu Baharu, di sini hari ini.

PRK Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Sock Tao dengan calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut, Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

Mengulas mengenai calon PH bukan ‘anak tempatan’, Sock Pack berkata, beliau merupakan anak jati Selangor dan Kuala Kubu Baharu bukan kawasan yang asing baginya.

“Saya dilahirkan di Ampang, Selangor dan belajar di unversiti yang terletak di Selangor. Saya juga pernah mengikut gerak kerja mendiang Lee Kee Hiong di sini. Saya belajar dan lihat bagaimana beliau berkhidmat, menganjur pelbagai program berkaitan masyarakat,” jelasnya.

Tambahnya, beliau akan kekal bekerjasama dengan ketua kampung dan Ahli Majlis Kuala Kubu Baharu untuk memahami masalah yang dihadapi rakyat. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI