fbpx

TH belanja RM350 juta bantuan kewangan haji tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMINUDDIN (tiga dari kanan) sambil diperhatikan Mohamed Heikal menyampaikan kit haji kepada Fairuz Fahmy Harun (berkerusi roda) pada Majlis Perasmian Penutup Kursus Perdana Haji Peringkat Negeri Sembilan di Seremban hari ini.-Foto oleh NAZARUDIN SHAHARI / KOSMO!

SEREMBAN – Lebih RM350 juta akan dibelanjakan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) pada musim haji tahun ini untuk para jemaah daripada golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dan berpendapatan 41 peratus kepada 80 peratus (M40) yang bertujuan mengurangkan beban kewangan mereka menunaikan ibadah tersebut.

Pengurus Besar Pengurusan Haji, Jabatan Haji, Lembaga Tabung Haji, Mohamed Heikal Mohamed Yusuff berkata, jumlah itu merangkumi kos langsung dan tidak langsung bagi menunaikan haji seperti penerbangan, penginapan, sajian makanan, pengangkutan serta pelbagai bayaran kepada pihak ketiga di tanah suci.

Selain itu, beliau berkata, jumlah itu juga akan digunakan untuk penganjuran kursus, ubat-ubatan, perkhidmatan kesihatan serta operasi haji di tanah air melalui lapan stesen berlepas.

“Walaupun kos menunaikan haji meningkat saban tahun, perkhidmatan yang ditawarkan oleh TH kekal komprehensif dan di tahap tinggi demi menjaga kebajikan, keselesaan serta keselamatan jemaah haji Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Perasmian Penutup Kursus Perdana Haji Peringkat Negeri Sembilan bagi musim haji 1445H/2024M di sini hari ini.

Majlis perasmian itu telah disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Seramai 1,130 orang bakal jemaah haji dari negeri ini telah mengambil bahagian dalam kursus perdana tersebut yang dianjurkan oleh TH selama dua hari bermula semalam.

Mohamed Heikal menarik perhatian, TH turut melancarkan tiga inisiatif digitalisasi operasi haji antaranya aplikasi THhujjaj yang akan memudahkan jemaah haji mendapat maklumat terkini sepanjang perjalanan haji mereka.

Selain itu, jelasnya, e-Bimbingan telah dibangunkan sebagai platform pembelajaran ibadat haji secara atas talian yang dapat diakses oleh semua bakal haji tahun semasa.

“Begitu juga dengan e-TAIB, yang membolehkan jemaah haji mengajukan soalan bimbingan haji serta hukum hakam dan mendapat penjelasan secara atas talian daripada Pembimbing Ibadat Haji yang bertugas di Tanah Suci,” ujarnya.

Beliau berkata, inisiatif digitalisasi itu adalah selaras dengan Pelan 3 tahun HIJRAH24 TH yang bermula sejak tahun 2022. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI